I made this widget at MyFlashFetish.com.

assalamualaikum Pictures, Images and Photos

SALAM PERKENALAN

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya . Decoupage yang dahulunya begitu asing bagi saya...kini telah menjadi hobi utama setelah melihat hasil kerja yang cukup kreatif dari Jija's Lovely Cottage. Jutaan terima kasih kepada Jija yang sudi mengajar saya...budimu akan ku kenang...oleh itu teman-teman, bolehlah berkongsi hobi dan bertukar-tukar idea untuk mengkreatifkan lagi seni decoupage ini...atau pada sesiapa yang berkenan, boleh order terus melalui emel di shiemanis@yahoo.com....


Click me

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA....SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIBERI KESIHATAN YANG BAIK & DIMURAHKAN REZEKI....

Thursday, December 30, 2010

FA NOTE BOOK

Note Book yang di FA kan...ambil ilham (ayat sopan...) dari honey gee dan nizie...hadiah untuk diri sendiri dan untuk anak daraku...Selalunya setiap tahun dapat diary free dari adik tercinta tapi belum dapat lagi huhuhu...Memandangkan hari tu dah kena attend first meeting di sekolah, mau tak mau kena la beli sendiri pastu otak ni pun ligat berkreatif nak FA kan buku ni...kecil je...senang letak dalam hand bag... 

Wednesday, December 29, 2010

FAUX CC & SLICE CAKE

 Percubaan buat satu faux cc dan 2 slice cake. Dah lama beli faux cake kit ni dari Soffea Lil Cottage tapi baru buat 3 minggu yang lepas...Dalam kit tu disertakan sekali dengan kaedah membuatnya...maka jadilah juga, walaupun tak secantik Soffea Lil punye...

DECOUPAGE SPOON BOX


Tuesday, December 28, 2010

Kelas Decoupage


Salam satu Malaysia....minggu lepas ada buat kelas decoupage di rumah saya...atas permintaan Kina yang saya kenal semasa belajar kelas folkart di rumah Ira hari tu...Sebelum ni tak pernah buat lagi kelas...memandang cuti sekolah, kira ok la...Kina datang bersama anaknya, Wani dan saya telah ajar dari mula nak sealer, gesso, susun tisu sehinggalah buat shading, wording dan varnish sekali. Jadi Kina boleh bawa pulang hasil kerja dan display terus di rumah...Terima kasih Kina kerana sudi datang belajar dgn akak ni...dan nampaknya Kina begitu enjoy sekali dapat belajar decoupage...ok cuci2 mata ya...

Monday, December 27, 2010

SUDI-SUDILAH AMBIL AWARD

Award ni (sempena my blog anniversary) saya nak bagi pada semua pengunjung blog ni tanpa sebarang syarat. Harap sudi mengambilnya dan paste pada blog masing-masing ya...

Thursday, December 23, 2010

1 YEAR ANNIVERSARY OF MY BLOG

It's been one year today, December 23rd, that I started blogging.
Sebelum ini saya tak kenal dan tak pernah tau nak berblogging dan tak pernah rasa what it would be like to be a blogger. Ini semuanya dek kerana hobi terbaru di hujung usia (huhuhu) iaitu decoupage & folkart. Kenapa ya dulu tak pernah tahu kewujudan deco yang amat menarik ni?

 Mungkin bila anak-anak dah membesar memudahkan lagi kerja-kerja deko mendeko ni, sebab bila dah besar, tak mengacau dah hihihi...

....dan yang PALING PENTING, my soulmate....life partner....sleeping partner bagi 100% support. Thank you my dear...sebab begitu memahami minatku ini...

Macam mana agaknya kalau 10 tahun yang lepas, bila kite dah kenal minat ni...agaknya rumah kite ni, mesti dah penuh sampai ke tepi jalan dengan barang2 deko ni....hik hik hik.

Rupanya bila dah mula berblogging ni, dapat mengenal ramai blogger2 yang hebat dan ramai kenalan walaupun di alam maya, tapi sudah cukup memberi impak kepada diri sendiri ! And it turns out, I like blogging.

I find it fun to share what I'm up to. Share my ideas, share cool things I've found on the web. I like sharing my latest deco. I like sharing about other artists I've found and their art! I love doing my decoupage & folkart. It sets me in a grateful mood for where I am at.

Blogging telah membuka mata dan fikiran dari luar kotak kebiasaan saya, it has opened me up to the whole world on the internet of people that communicate, buy, sell, share, challenge, spread joy and look to each other for inspiration.

Sempena ulang tahun blog ini, saya nak berterima kasih banyak-banyak kepada semua followers and non followers who have been checking into my blog and making comments. It encourages me...sebab saya tahu anda semua adalah pengunjung yang memang meminati hasil deco saya yang tak seberapa ini...! People who are interested.

Saya pun gemar berkunjung ke beberapa blog yang saya follow dan yang lain...and I love checking in on them and seeing what people are up to. It inspires me!
Semoga persahabatan di alam maya ini berterusan hingga ke akhir usia dan saya akan teruskan minat yang tak pernah saya buat sebelum ini selagi hayat di kandung badan....

Tuesday, December 21, 2010

Baking Bread

Malam ni nak ubah selera pulak, nak bakar roti bun manis...jom layannn...
 Doh roti yang telah diuli dalam bread maker dan seterusnya di bentukkan ikut suka hati....Atasnya disapu dulu dengan mentega, kemudian baru ditabur dengan gula halus dan cheese (optional)

 Kemudian bakar dalam bread maker...memang senang sangat membuatnya...

 Tu diaaa...roti yang dah siap dibakar selama 20 minit, dah boleh dimakan....

Struktur roti yang halus, lembut dan gebu....boleh makan sampai esok, roti tak akan keras...percayalah, sesedap The Loaf (Tun Mahathir punya kedai roti)...wit wit....

Monday, December 20, 2010

Folkart Telur

Salam...N3 hari ni FA telur atas pan. Sebenarnya dah ramai pencinta FA yang dah lukis benda ni, sy je yg lambat...sebab baru beli warna yg sesuai...

Friday, December 17, 2010

PICNIC BOX

 
Picnic box ni dah lama beli, tapi x sempat nk didecoupagekan...almaklumlah 'bercinta' sangat la nak basecoatkannya...akhirnya siap jugak tp belum divarnis lagi...biasa le x nyempat nak upload foto...sebarang pertanyaan boleh la sms atau emel ya...

Thursday, December 16, 2010

ROS SINGLETON

Saja nak berkongsi dengan semua kenkawan.... DVD dan buku dari Ros Singleton ni saya beli terus dari webnya sebab teringin sangat nak belajar lukis roses dan selepas tu baru dapat peluang la pi belajar dengan Ira (setelah dia free). DVD tu menunjukkan langkah demi langkah nak lukis roses & daunnya serta nak paint background sekali...memang tak rugi kalau beli (promote free je...) dan dapat pula book mark free yang cun, jadi pada sesiapa yang teringin atau berhasrat nak beli boleh berkunjung ke laman webnya di http://www.rossingleton.com/home.htm

MY DECORATIVE BOOKS

Koleksi buku-buku yang dibeli dari tahun 2009 hingga 2010. Memang suke sgt beli buku sebab tulah kat sek jadi cikgu pusat sumber...heeee...ada buku yang dibeli secara online di blog2 tempatan dan juga oversea dan juga di kedai2 buku...Buku2 ni menjadi sumber inspirasi bila idea dah kekeringan....

Tuesday, December 14, 2010

Plaque FA Roses

 Salam semua...beberapa hari tak buat N3 ni sebab pi belajar melukis roses dengan betul...dengan siapa lagi kalau bukan Sifu Ira (Pink Vintage). Bila Ira dah free, nilah peluang belajar dgn dia...barulah tau teknik betul nak buat stroke dsb...lepas ni pun kena byk lagi practice lukis roses...bagi mantop lagi...hi hi hi...ok layan dulu....


Tuesday, December 7, 2010

Painting Kitchen Cabinets

How To Repaint a Piece Of Furniture


Warna cat yang digunakan adalah kuning, rasanya terlalu menyerlah...jadi boleh tukar ke warna off white yang lebih lembut...

Friday, December 3, 2010

Thursday, December 2, 2010

Signage FA+ Decoupage Cup

Salam semua, kali ni saya gabungkan teknik decoupage (cup) dan FA pada plaque. Lukisan FA untuk cup masih lemah, jadi timbul idea untuk gabungkan deco + fa = decofa...hi hi hi...layannn......

Wednesday, December 1, 2010

FA Roses

FA roses yang saya lukis ikut cara Marjorie Harris, saya lukis terus atas papan...tak perlu tekap pattern. Lain sifu lain cara...

Tuesday, November 30, 2010

DIY - Teapot Lamp


Kali ni saya nak berkongsi idea DIY benda yang diatas ni. Comelkan teapot lamp tu, kalau nak beli harganya mahal jugak dalam RM300++. Kalau kreatif, kita boleh buat sendiri...sebenarnya tak susah. Ikuti DIY dibawah ni sebagai panduan...semoga hidup kita lebih kreatif lagi...

Materials needed: 
Tea pot, tea cups, saucers, lamp kit, Amaco self-hardening clay, Super Glue Gel ( nak guna hot glue pun boleh)

Step One: Gather the materials you would like to use.


Step Two: 
Arrange the tea cups and dishware in the way you would like your lamp to look. I suggest using a steady heavy bowl for your base.

 Step Three: 
Fill the top tea cup with clay and set the already assembled lamp kit about an inch deep inside. Leave room so you are able to remove the harp if you want to. Let it set for 24 hours.


  
Step Four: 
Glue the remaining elements together with a thin line of Super Glue Gel. This glue is no joke so make sure you have the placement right before you set the dishware down. Let the glue dry for a minute before gluing on the next one.


Step Five: 
Glue on the top tea cup in 24 hour then wait a day for the lamp to set before adding a lamp shade….That’s it…Enjoy!
Semoga paparan kali ini memberi ilham kepada peminat-peminat teapot lamp atau teaset lamp untuk mencuba...ok selamat mencuba, cuba jangan tak cuba ....bye...

Thursday, November 25, 2010

My First FA Signage

 Bila rasa dah confident sikit, cuba la lukis atas papan plak...masih byk latihan lagi yg perlu diteruskan...wording belum diputuskan lagi tapi pic dibwh ni insert wording dari photoshop...

Wednesday, November 24, 2010

Percubaan Kedua - FA Roses

Percubaan ke-2 nak lukis FA roses dilukis atas drawing block...tapi selitkan pula cupcake sebagai penghias...Inilah percubaan seorang amatur sebab finishing cup & saucer tu tak berapa menjadi...perlu terus berusaha....!

Thursday, November 18, 2010

Decoupage - Bottle untuk Kak Sal

Botol sos dan madu sebelum di deko...



Saturday, November 6, 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SPREAD THE LOVE AWARD

SPREAD THE LOVE AWARD

AWARD DARI RAZNA

AWARD DARI RAZNA

AWARD DARI aYu LiTtLe CoTtAgE

AWARD DARI aYu LiTtLe CoTtAgE

TAG DARI JIJA'S LOVELY COTTAGE

TAG DARI JIJA'S LOVELY COTTAGE

FRIENDSHIP AWARD DARI HONEY GEE

FRIENDSHIP AWARD DARI HONEY GEE

TAG AWARD DARI ZAZALIMIEY

TAG AWARD DARI ZAZALIMIEY

AWARD DARI AZLEENA ENGLISH DECO

AWARD DARI AZLEENA ENGLISH DECO

SEJAMBAK MAWAR DARI IZAM

SEJAMBAK MAWAR DARI IZAM

Kad Raya dari Kelly

Kad Raya dari Kelly

AWARD DARI ZAZALIMIEY & IDA

AWARD DARI ZAZALIMIEY & IDA

SALAM RAMADHAN

SALAM RAMADHAN

SALAM LEBARAN

SALAM LEBARAN